..

..

PAKATAN HARAPAN AJAR HINA PENGUNDI TAK SOKONG MEREKA

on Thursday, August 10, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




BUKIT MERTAJAM – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sikap pembangkang yang suka menghina pengundi apabila tidak menyebelahi mereka bukanlah sesuatu yang pelik dan mengejutkan kerana ia adalah seakan cerminan amalan politik parti pembangkang.
Jelas beliau, tindakan biadap seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini pun sudah banyak tindak-tanduk pemimpin pembangkang yang seringkali menyinggung perasaan orang ramai terutama pihak yang tidak bersependapat dengan mereka.
“Terbaru kita dapat lihat kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang, Yaakob Osman yang memuat naik kenyataan berbaur perkauman di laman sosialnya sehinggakan telah mendatangkan kemarahan kepada kaum India dan beberapa laporan polis telah dibuat.
“Jika kita lihat, telah banyak kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang menghina dan berbau perkauman sebagai contoh, Jeff Ooi yang pernah mengghina kematian Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din ; Raveentharan V. Subramaniam (ADUN PKR Batu Uban) yang pernah mengeluarkan satu kenyataan mendakwa agama Islam bukanlah agama yang membawa kepada keamanan dan banyak lagi.
“Mereka ini sedikit pun tidak menjaga sensitiviti masyarakat negara ini yang hidup berbilang kaum. Walaupun telah dikecam tetapi sikap buruk ini terus-terusan diulang”
Tambah Musa yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, sikap pemimpin pembangkang ini jelas menunjukkan mereka ini rasis dan tidak layak untuk bergelar pemimpin.
Justeru, rakyat harus membuka mata dan menilai adakah ini cerminan pemimpin yang layak diangkat menjadi wakil membawa suara mereka seterusnya menjadi peneraju negara.
“Banyak sebenarnya kenyataan rasis oleh pemimpin pembangkang tetapi sengaja dipejamkan seolah-olah tidak nampak oleh penyokong mereka tetapi sedikit kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional(BN), akan terus diselar ibarat gajah di depan mata tidak nampak tetapi kuman di seberang nampak pula,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, antara kenyataan pemimpin pembangkang yang biadap dan kurang ajar adalah kenyataan daripada Nga Kor Ming 倪可敏超级粉丝俱乐部 yang berunsur hasutan apabila mempersoalkan bapa pembangunan negara, Allahyarham Tun Abdul Razak dan memuat naik poster mengangkat ketua komunis Malaya, Chin Peng sebagai heronya.
Sebelum itu pada 29 Mac 2015, Nga telah memuat naik status bergambar dalam akaun facebooknya yang bertujuan menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan menerbitkan perkataan, “Meeting Kerajaan…Siapa PM Malaysia yang sebenarnya…”
Susulan itu, Najib dan Rosmah telah menyaman Nga dan akhirnya Nga terpaksa menzahirkan pernyataan kesal berhubung perkara tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sebelum itu, mengikut akaun facebook yang bernama Nga Kor Ming juga, satu status bersifat menghina telah dimuat naik yang bertajuk “hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya”
Laporan polis telah dibuat ke atasnya dan beliau kemudiannya menafikan status terbabit dan menyifatkan dirinya sebagai mangsa fitnah.
Beliau kemudiannya sekali lagi dikecam apabila memuatnaik ucapan Aidilfitri bertemakan negara asing dalam facebooknya.
Berikutan itu, Nga Kor Ming dikecam hebat dengan ramai yang menggelarnya sebagai bodoh dan dangkal apabila menyertakan gambar rumah api berlatarbelakangkan bendera Amerika Syarikat dan diselitkan perkataan “In God We Trust serta Lord, Guide Our Nation Back To You” dan motif tangan berdoa.
Sebelum itu, pemimpin pembangkang Jeff Ooi pula dikejam apabila menggunakan perkataan ‘kucing kurap’ bagi merujuk kepada penjawat awam di Pulau Pinang.
Dalam hal yang lain, Tony Pua juga diselar atas dakwaan mahu penjawat awam di negara ini dikurangkan kerana ia terlalu besar dan membebankan kewangan kerajaan.
Sementara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak ketinggalan mengeluarkan kenyataan menghina apabila melabelkan orang India di Malaysia sebagai ‘pariah’ namun sampai sekarang sepatah perkataan mohon maaf atas keterlanjurannya pun tak pernah keluar dari mulut Azmin.
Bukan itu sahaja, Naib Presiden Pas, Salahhudin Ayub pula pernah menganggap perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, sedangkan ia adalah ritual keagamaan bagi penganut Hindu. - Penang Online


One Response

  1. Anonymous says:

    Salahudin tu skrg dah masuk pan..hi hi

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.