..

..

LEPAS BELI ANUGERAH PALSU, MALANG LAGI MENIMPA MPSP

on Friday, August 11, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semalam pasukan SPRM  telah serbu kilang haram di Penanti yang sudah 10 tahun beroperasi tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa terutama MPSP .

Walaupun sudah banyak kali aduan dilaporan JKKK kampung tentang kilang ini ekoran asap membahayakan kesihatan penduduk , tetapi ia seolah olah  kebal .

Memang panas punggung la pegawai di MPSP yang terlibat . Kalau  gerai penjaja kecil  Melayu berniaga berniaga tanpa lesen, cepat saja mereka bertindak roboh .

Inikah dikatakan pentadbiran telus dan akauntabiliti ?   Baru saja angkat ikrar bebas rasuah minggu lepas ,  hari ini pejabat PBT kerajaan DAP sudah  diserbu SPRM ada unsur rasuah membabitkan kilang haram ini



BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas sebuah kilang memproses serbuk kayu di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di sini hari ini bagi melakukan siasatan lanjut berhubung beroperasi secara haram.
Turut diserbu ialah pejabat bahagian perlesenan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Jurucakap SPRM berkata, serbuan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam berhubung kewujudan kilang haram tersebut yang didakwa memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk sejak beroperasi kira-kira 10 tahun lalu.
"Dalam operasi itu, SPRM memanggil seorang lelaki berusia 70 tahun yang merupakan penyelia kilang tersebut ke Pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai untuk diambil keterangan.
"Turut dirampas ialah dokumen-dokumen berkaitan ketika serbuan di pejabat MPSP dan pejabat operasi kilang itu.
"Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut merampas dokumen-dokumen berkaitan kerana disyaki pemilik kilang terbabit tidak melaporkan pendapatan dengan betul," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai operasi tersebut. - K! ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.