..

..

IKRAR IBR HANYA WAYANG, PEJABAT EXCO KERAJAAN DAP DISERBU SPRM

on Friday, August 11, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Baru minggu lepas kerajaan DAP ikrar bebas rasuah diketuai Ketua Menteri , hari Exco Kerajaan negeri ditahan SPRM di Komtar yang mempunyai kaitan dengan kilang haram yang beroperasi di Penanti.

Jadi, kepada macai Pakatan yang bercakap jika PH memerintah 10 tahun  negara tiada rasuah , lihat dulu apa berlaku di Pulau Pinang yang kini ditadbir DAP .

Bukan setakat Ketua Menteri yang kini dituduh rasuah ,malah Exco juga bakal diheret oleh SPRM.

Jadi , apa makna kepada ikrar bebas rasuah oleh kerajaan Dap minggu lepas ? Sebagai wayang politik  untuk tunjuk kepada rakyat ?



- Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Exco Kerajaan Pulau Pinang di tingkat 54, Komtar tadi.
Lima pegawai SPRM yang berpakaian formal tiba di Komtar kira-kira jam 11.30 pagi tadi.



Difahamkan, serbuan itu ada hubung kait dengan serbuan SPRM di sebuah kilang haram memproses abu kayu yang dipercayai telah beroperasi sejak 15 tahun lalu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh semalam.
Operasi yang diadakan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu dilakukan selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai pencemaran alam sekitar yang berlaku daripada aktiviti membakar abu kayu di kilang itu.
Kilang haram itu didapati beroperasi tanpa permit sah di atas tanah berstatus tanah pertanian.


One Response

  1. Anonymous says:

    kalau dah KM nya kaki rasuah apatah lg exconya.. kita mmg nak gantikan BN tp bkn dgn parti yg lg kuat rasuah

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.