..

..

KE MANA DUIT 20 sen BAG PLASTIK KERAJAAN DAP GUNAKAN ?

on Saturday, June 17, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





EDISI DAP TIPU RAKYAT

DAP Pun Laksana Rejim "GST" di Penang!

Ramai yg marah bila beli barang dikenakan GST, tetapi depa semua tak kisah pun nak bayaq RM0.20 utk charge bag plastik yg diwajibkan pengguna bayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Alaaaaaa Dua Kupang...kalau jatuh atas lantai pun tak dak sapa nak ambil, habis kuat 5 bag plastik diperlukan utk barangan yg dibeli di pasaraya, baru Seringgit...tak dak nilai sangat pun..." itu ayat orang kita.

Jika GST digunakan kembali utk rakyat dlm bentuk pembangunan negara, ke manakah duit Dua Kupang bag plastik yg selama 9 tahun dikutip oleh kerajaan negeri Pulau Pinang?? Wang ini tidak pernah diistiharkan penggunaannya kepada Sidang DUN apatah lagi nak dibentangkan kepada rakyat.

LGE menyatakan Kenaan Bayaran Bag Plastik tersebut adalah utk mengawal dan mengurus pelupusan sampah yg berasaskan plastik, dgn alasan pengguna akan terbeban bila kena bayar. Tp kalau Dua Kupang atau Seringgit utk dibazirkan oleh rakyat utk bag plastik bukan sesuatu yg membebankan pun...."alaaaaa duaaaaaa kupangggggg"

Sebenarnya niat kerajaan negeri Pulau Pinang mengutip Dua Kupang semenjak 2009 dan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai Jun 2017, bukanlah nak kawal sampah plastik, tetapi lebih kepada mengaut keuntungan. Tambahan pula sekarang kerajaan DAP Penang perlu cari alternatif tambah kewangan kerajaan yg semakin berkurangan akibat dari habis dah tanah kerajaan Lim Guan Eng jual.

Cuba kira secara bayangan :
1. Berapa banyak pasaraya di Penang?
2. Berapa jumlah pengunjung di hujung minggu?
3. Berapa juta RM dikutip sehari oleh kerajaan DAP P. Pinang jika dikira purata (5 bag plastik) RM1/pelanggan?

Jika DAP serius nak kawal pelupusan sampah plastik dan mengawal alam sekitar, bukan Dua Kupang yg patut dikenakan, tp Dua Ringgit utk satu bag plastik...haaaa time tu baru rakyat akan kisah, dan depa akan bawa bakul sendiri ketika shopping. Itu baru benar dikatakan "Penang - Cleaner, Greener & Healthier", bukan "Penang - Cekau, Gagau & Hamput"

~ SELAMAT BERSHOPPING ~


#ChangePenang
#EdisiDAPTipuRakyat
#IsuPenang
#GST


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.