..

..

CADANGAN KASTAM KENAKAN GST TERHADAP 60 MAKANAN DIBATALKAN KERAJAAN

on Monday, June 19, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pihak kerajaan dilaporkan telah membatalkan hasrat untuk mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barangan makanan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromaniam Tholasy berkata, keputusan berkenaan diambil selepas pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan.
Menurutnya, laporan media itu berdasarkan Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu.
“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan,” kata Subromaniam dalam kenyataan.
Akhbar China Press sebelum semalam melaporkan bahawa Subromaniam telah mengesahkan pada 1 Julai lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.
Makanan yang terlibat adalah seperti belut dan ikan todak, manakala buah-buahan diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri, beri bihun, kuey teow, laksa mee, minyak kelapa, kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.