TERKINI ! BLOG DR MIM DEDAHKAN KISAH PEMBOHONGAN DAP TENTANG TANDA PUTERA

on Sunday, September 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



oleh : Dr MIM

1. MiM dan rakan-rakan telah menonton filem Tanda Putera di Mega Cineplex Megamall, Seberang Perai, Pulau Pinang hari ini. Sambutannya sangat menggalakkan.

2. Seperti yang kita semua tahu, sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng DAP dilihat tidak berpendirian dan ibarat lalang kerana 'arahan' melarang pengusaha pawagam untuk menayangkan filem Tanda Putera menjadi 'nasihat' pula.


3. Pelbagai pihak telah membidas fikiran sempit itu termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Ahmad Shabery Cheek. Beliau telah meminta FINAS mempastikan pawagam meneruskan tayangan Tanda Putera di Pulau Pinang bermula hari ini (Sabtu). Baca Sini

5. Dalam tempoh yang sama, damage has been done dan filem tersebut terus diburuk-burukkan dan  parti DAP serta portal pro-pembangkang mungkin telah berjaya menimbulkan persepsi negatif dan bukan-bukan tentang jalan cerita filem tersebut.


6. Tetapi MiM yakin kita akan menganggap segala persepsi negatif itu hanya mainan dan propaganda kotor DAP jika kita sendiri menonton keseluruhan filem Tanda Putera.

7. Lim Guan Eng DAP sendiri belum lagi menonton keseluruhan filem itu tetapi komen beliau seolah-olah beliau sudah menonton berulang kali filem tersebut!

8. Di antara kenyataan Setiausaha Agung DAP itu :
...filem itu telah melintasi garis sempadan dengan menggunakan dana awam untuk menyebarkan pembohongan yang menggalakkan kebencian dan bukan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia.seterusnya
9. Entah dari mana Guan Eng DAP itu mendapat ilham untuk membuat konklusi filem ini '...menggalakkan kebencian dan bukan keharmonian antara pelbagai kaum di Malaysia'.

10. Sedangkan di dalam filem itu turut menceritakan persahabatan seorang pelajar universiti yang berbangsa Melayu dan seorang lagi berbangsa Cina serta pensyarah berbangsa India dan mereka dilindungi oleh keluarga Cina daripada dibelasah oleh perusuh-perusuh 13 Mei 1969.

11. Terdapat juga adegan keluarga Melayu yang melindungi pelajar Cina dan pensyarah India itu di rumah mereka semasa rusuhan berdarah itu.

13. Di pertengahan cerita, kita akan melihat keakraban yang terjalin di antara dua sahabat berlainan bangsa itu semasa membantu mangsa banjir besar di Kuala Lumpur.

14. Sudahlah Guan Eng DAP belum menonton filem itu, petikan kecil daripada cerita filem itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan bahawa beliau telah tersilap besar.

15. Malah sebenarnya, adegan rusuhan 13 Mei 1969 hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan jalan cerita filem Tanda Putera.

16. Retorik dan propaganda DAP hampir-hampir menenggelamkan mesej sebenar filem tersebut.

17. Ceritanya lebih memfokuskan tentang perjalanan hidup dua sahabat iaitu Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri kedua dan Tun Dr Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika berdepan dengan ancaman komunis, kumpulan subversif politik, sosioekonomi rakyat dan pelbagai lagi.



18. Beberapa nama besar seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan juga DS Najib Razak semasa muda juga turut termasuk dalam jalan cerita tersebut.

19. Malah terdapat adegan Tun Dr Mahathir menandatangani surat beliau kepada Tunku Abdul Rahman yang menyarankan Tunku berhenti menjadi Perdana Menteri!

20. Apakah kita ada lihat Dr Mahathir melenting tentang filem ini seperti Lim Guan Eng DAP?

21. Tidak ada kerana segalanya telah berlalu dan tinggalan sejarah sahaja.

22. Tetapi jika DAP masih fobia dan paranoid melampau sehingga ke hari ini tentang peristiwa berdarah 13 Mei 1969, apakah ianya bermaksud parti itu masih tidak mahu mengaku bersalah ke atas apa yang berlaku?

23. Apakah parti DAP masih teringinkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka menanam sentimen ganas dan subversif melampau?

24. Jika tidak, terima sahajalah peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu lipatan sejarah yang wajib diketahui agar rakyat tidak sesekali mengambil ringan tentang perpaduan sesama bangsa di negara ini.

25. MiM ingin ulangi, MiM dan rakan blogger Pulau Pinang menjemput Lim Guan Eng DAP untuk menonton filem Tanda Putera. MiM belanja tiket wayang.

26. Jika Setiausaha Agung DAP itu cerdik, beliau akan terima pelawaan kami. Just name the place and time, we'll be there.

27. Bagi MiM, tiada ruginya jika menonton filem ini sekali lagi kerana banyak pengajarannya di samping beberapa adegan yang menyayatkan hati tentang pengorbanan pemimpin-pemimpin negara kita yang lalu.

28. MiM menyarankan kepada seluruh kepimpinan tertinggi UMNO peringkat bahagian, negeri, exco-exco sayap dan Majlis tertinggi UMNO supaya mengusahakan ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN menonton filem tersebut.

29. Filem itu juga patut ditayangkan semasa Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Disember ini. Tolong usahakan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.