Tahniah ! Zahrain dilantik Duta Besar Malaysia di Indonesia @dzahrain

on Thursday, September 5, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan bahawa bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.


"Kami telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Duta Besar Malaysia yang baharu ke Indonesia dan kini dalam proses memaklumkan kepada kerajaan Indonesia.


"Bagaimanapun, tarikh memulakan tugas rasmi belum dimuktamadkan kerana menunggu kelulusan daripada kerajaan Indonesia," katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Luar di sini hari ini.


Ditanya kriteria pemilihan Zahrain, Anifah berkata: "Kami tidak pernah melihat latar belakang beliau... latar belakang politik dan fahaman politik.

 Bagi Wisma Putra, kami cuba meletakkan orang yang terbaik yang ada untuk jawatan (duta) di mana-mana negara tertentu."
Beliau berkata, sesiapa yang telah dipilih untuk menjadi Duta Malaysia harus menyokong hasrat dan matlamat kerajaan dan ia akan menjadi antara kriteria yang akan dipertimbangkan. - BERNAMA



2 Responses

  1. esa adam says:

    Hadiah Najib kepada seorang yg selalu menjadi jurucakap BN menentang PR.

    Berbaloi juga kau bersuara.

  2. Anonymous says:

    Checkmate untuk anwar ibrahim. Yeeeaahah!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.