Rahmad tak mahu lagi jadi barua Melayu dalam DAP , umum keluar parti

on Saturday, September 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak pada Sabtu mengumumkan keluar daripada DAP berkuatkuasa serta-merta.
Tegasnya, keputusan itu diambil selepas menggambarkan kehadirannya dalam parti itu dalam tempoh singkat sebagai tragis dan tragedi hitam dalam hidupnya.
Rahmad juga berasa kecewa dengan kepimpinan parti yang diterajui Setiausaha Agung Lim Guan Eng.
“Saya hilang kepercayaan terutamanya terhadap setiausaha parti, oleh itu, saya di sini mengumumkan keluar daripada parti berkuatkuasa serta-merta.
“Parti ini sentiasa menggambarkan ia parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak. DAP bukan parti untuk orang Melayu.
“Sekumpulan kecil orang Melayu dipergunakan untuk menghidupkan teg parti berbilang kaum. Tiada satu kerusi untuk orang Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum yang lalu di Pulau Pinang,” katanya.
-mStar


One Response

  1. Anonymous says:

    U pergi tak di tangisi u dtg tak di undang..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.