MACAI PEMBANGKANG KRITIK KERAJAAN DI FACEBOOK BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN !

on Tuesday, September 10, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





 Budaya menggunakan media sosial untuk mengkritik telah menjadi masalah di kalangan pekerja muda, termasuk dalam sektor perkhidmatan awam sehingga Jabatan Perkhidmatan Awam terpaksa mengeluarkan surat pekeliling mengingatkan mereka supaya menghentikannya atau berdepan kemungkinan tindakan.
Oleh itu, jika anda tidak bersetuju dengan dasar kerajaan atau berasa diabaikan secara tidak adil dalam urusan kenaikan pangkat dan berfikir untuk mengadu dalam talian, anda dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.
Ketua pengarah, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata beberapa penjawat awam telah menggunakan Twitter, blog, Whatsapp , Facebook dan Youtube untuk mempersendakan inisiatif kerajaan.
"Kami telah menerima banyak maklum balas dan aduan mengenai penjawat awam memberi pandangan negatif terhadap program kerajaan melalui media sosial dan internet.
"Mereka harus sedar bahawa ini adalah satu kesalahan," katanya dalam surat kepada semua kementerian, kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
Mohamad Zabidi mengingatkan kakitangan awam peruntukan di bawah seksyen 19 (1) Peraturan Am (Tatatertib dan Kelakuan) 1993 melarang mereka daripada membuat kenyataan secara bertulis atau lisan yang boleh menjejaskan atau menyebabkan kesan buruk ke atas dasar-dasar, keputusan atau program kerajaan.
"Mereka tidak boleh berkata apa-apa yang berpotensi memalukan atau meletakkan Kerajaan dalam situasi buruk.
"Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengedarkan maklumat atau komen mengenai dasar-dasar itu dalam apa jua cara," katanya.
"Walaupun agensi-agensi kerajaan mengambil kesempatan daripada media sosial untuk mempromosikan wacana dan menghebahkan inisiatif mereka, penjawat awam tidak perlu menggunakan platform ini untuk mengkritik pihak berkuasa.
"Pekerja-pekerja sektor awam perlu sentiasa ingat bahawa mereka perlu kekal setia kepada Yang Di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan pada setiap masa.
"Ini jelas dinyatakan dalam undang-undang yang mengawal perkhidmatan awam.
"Saya berharap agar semua ketua-ketua jabatan menganggap serius perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar arahan ini," katanya.
Tambahnya, mereka yang didapati bersalah boleh diturunkan pangkat, dipindahkan atau dalam senario kes terburuk, dipecat.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Pekerja (MEF) Shamsuddin Bardan berkata pekerja mungkin menghadapi tindakan disiplin yang tegas jika mereka meletakkan perbincangan mengenai tempat kerja dan perkara-perkara dalaman di ruang siber.
Beliau berkata, pekerja tidak dibenarkan memaparkan apa-apa bahan di web, terutamanya Facebook atau Twitter, jika mereka tidak berpuas hati dengan sebarang dasar syarikat.
"Jika ia mendatangkan kesusahan kepada syarikat itu, ia sudah menjadi satu bentuk salah laku dan tindakan yang boleh diambil terhadap mereka termasuk, dalam keadaan tertentu, dibuang kerja," katanya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Elok benar lah tu keja makan gaji dengan kerajaan perangai macam anjing tangan yang memberi di mencekik pas tu digigitnya. tapi pihak kerajaan cakap dan amaran ja banyak tindakan tiada itu debab penjawat awam naik minyak. telalu banyak kasihan dan tak berani mengatakan tidak.

  2. mat din says:

    daripada kritikkan itulah kerajaan semakin kokoh kekuasaannya,contohnya jabatan polis hampir keseluruhannya dikeritik sekeliling pinggang,apa jua yang dibuatnya semua tak betul.anggap sajalah kerajaan itu sebagai bukit.manakala pengkritiknya sebagai anjing yang menyalak bukit.

  3. Anonymous says:

    Ye le kjaan takut ambil tindakan krn hampir semuanya org2 Melayu. Pecat semua petualang2 ini tanpa ada belas kasihan krn mrk ini adalah sbg gunting dlm lipatan dan duri dlm daging. Selain itu jgn lupa ada juga penjawat awam yg pro kjaan, ttp gagal menjlnkan kerja yg diamanahkan, curi tulang, lembab, kaki bodek menteri, tan sri, dato, dll yg menggambarkan kjaan yg lembat, tidak berdaya maju yg mencemarkan kjaan memerintah. PECAT MEREKA2 INI AGAR ADA PENJAWAT AWAM YG SANGGUP BEKERJA DGN SEPENUH HATI UTK KESEJAHTERAAN NEGARA DAN RAKYAT SEMUA.

  4. Anonymous says:

    Kebanyakannya orang Kelantan....kerajaan patut melihat dlm SPA sendiri banyak Kelantan yg menemuduga menyebabkan calon2 negeri lain kurang mendapat tempat. Org2 Kelanatn ni suka sabotak kerajaan...X malu betul, dah lah negeri daif datang negeri orang besar kepala

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.