..

..
default

PERUNTUKKAN TEBATAN BANJIR RM2 BILLION BENAR @dzainalabidin

on Monday, September 25, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan
Negeri Pulau Pinang
Isnin, 25 September 2017

Respon Kepada Kenyataan Oleh YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang Dan YB Chow Kon Yeow, Exco Tebatan Banjir Berhubung Jumlah RM 2 billion Peruntukan Kerajaan Persekutuan Untuk Projek-Projek Tebatan Banjir Di Pulau Pinang

1. Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang dan EXCO Tebatan Banjir minggu lalu mempersoalkan kenyataan saya pada Rabu, 20 September 2017 dibuat dengan niat jahat bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat dan menimbulkan curiga terhadap Kerajaan Persekutuan dan diri saya.

2. Kenyataan saya mengenai peruntukan RM 2 billion adalah benar, bukan fitnah atau palsu. YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar juga telah mengesahkan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Pulau Pinang untuk projek-projek tebatan banjir adalah melebihi RM 2 billion.

3. Dakwaan Ketua Menteri kononnya peruntukan RM 1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM 1.1 billion masih belum dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik. Ia menggambarkan Ketua Menteri dan Exconya tidak tahu menahu tentang apa yang sebenarnya berlaku di negeri yang mereka tadbir.

4. Saya nak bagi tahu Ketua Menteri peruntukan itu tidak hanyut bersama air banjir. Sebenarnya yang hanyut dengan air banjir adalah janji-janji palsu Ketua Menteri sendiri.

5. Perincian Projek- Projek di bawah RMK 9, RMK10 dan RMK11 adalah seperti berikut:

a. RMK-9 (2006-2010): Sejumlah 10 projek telah siap dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1,483,500,000.00. Antara projek yang telah siap dilaksanakan ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bertam Kepala Batas, RTB Bandar Pulau Pinang, RTB Sungai Junjung dan RTB Sungai Perai.

b. RMK-10 (2011-2015): Sebanyak 11 projek telah dilaksanakan yang telah melibatkan peruntukan sebanyak RM404,550,000.00. Antara projek-projek tersebut ialah meneruskan untuk menyiapkan Projek RTB Bertam Kepala Batas, projek baru RTB Tasek Gelugor dan RTB Lembangan Sungai Kerian. Bagi Projek RTB Lembangan Sungai Kerian, kerja-kerja pembinaan masih dilaksanakan dan projek dijangka siap pada akhir tahun 2017 ini.

c. RMK-11 (2016-2020): Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sejumlah RM150 juta bagi pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang, kontraktor telah dilantik dan kerja-kerja dijangka bermula penghujung tahun ini.

6. Amat memalukan seorang Ketua Menteri dan Exco Tebatan Banjir tidak tahu menahu mengenai projek-projek tebatan banjir itu sedangkan semuanya dalam pengetahuan JPSPP, sebuah agensi bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

7. Tanpa peruntukan-peruntukan tersebut   tentunya keadaan banjir di Pulau Pinang akan lebih teruk lagi terutamanya di sekitar kawasan-kawasan RTB yg telah di laksanakan. Orang bukan asal Pulau Piang seperti Ketua Menteri tidak akan faham dan tahu tentang perkara sebegini. Saya minta Ketua Menteri dan Exco Tebatan Banjir semak semula dengan JPSPP sekali lagi sebelum melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

Terima kasih.

default

TAHNIAH SELANGOR , LULUS PESTA ARAK CERMINAN MALAYSIA JIKA DITADBIR PAKATAN HARAPAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kekecohan   tentang pesta arak, Better Beer Festival 2017, yang mahu dianjurkan pada bulan depan terus panas  bila Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali membenarkan pesta arak diadakan di Selangor.

Pimpinan DAP dan PKR  dikatakan antara yang paling kuat menyokong penganjuran pesta arak ini serta membidas pembatalan oleh DBKL . Sokongan DAP dan PKR itu tidaklah suatu perkara yang mengejutkan kerana ada di kalangan pemimpin mereka yang menyertai pesta arak seumpama itu yang berlangsung pada tahun-tahun sebelumnya.

Cuma, penganjuran pesta arak pada tahun ini agak mencuri tumpuan ramai apabila ramai pihak yang mula sedar tentang keburukan menganjurkan program yang menjadi ‘raja’ kepada kemaksiatan dan gejala sosial

Apapun tindakan membenarkan oleh  Azmin Ali  untuk pesta arak ini adalah sebahagian agenda politik Pakatan Harapan untuk mengekalkan  sokongan pengundi bukan Islam kepada mereka di PRU14.

Seperti kata Mat Taib, mereka hanya perlukan 20 % undi Melayu dan selebihnya adalah bukan Melayu bagi menawan Putrajaya .

Jadi tindakan Azmin hanyalah arahan dan desakan King Maker sebenar dalam Pakatan Harapan .

Mereka tak peduli faktor keselamatan walaupun sudah ditegah oleh IGP Tan Sri Mohd Fuzi Harun bahawa ada  ancaman pengganas disebalik penganjuran ini  .

Jika berlaku sebarang perkara tidak diingini di pesta ini ,pastinya pembangkang akan menyalahkan Polis dan kerajaan Malaysia !!

Kepada Azmin Ali, sebelum anda  nak  kaitkan  isu  arak ini adalah hak dan agama lain ,   sila  check dulu fakta .

Semua agama terbesar di Malaysia melarang penganutnya meminum arak sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu mahupun Sikh. Belum ada lagi bangsa di negara ini yang memjadikan pesta arak sebagai budaya kaum masing-masing, bukan?  Seperti kata seorang ahli Akademik bahawa arak bukan budaya kita di negara ini .

Setakat sekarang , belum pernah lagi kita mendengar mana-mana hujah rasional agamawan, pakar-pakar sosiologi dan sebagainya yang mengiktiraf pesta arak sebagai satu pesta yang bermoral tinggi dan digalakkan.

Jadi, apa rasionalnya Azmin Ahli dan Pakatan Harapan  mahu membudayakan pesta arak di negara ini pada setiap tahun? Apakah peminum arak di negara ini lebih ramai dari  yang tidak meneguk arak?



Jadi, kepada rakyat Malaysia terutama orang Melayu  ..buka la mata anda bahawa kelulusan pesta arak adalah cerminan sebuah negara Malaysia yang baru yang diimpikan Pakatan Harapan  !!

default

KERAJAAN DAP TERDESAK HASUT RAKYAT GUNA ISU LRT @dzainalabidin @RRafizal @tunfaisal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



1. Tokong DAP ini kalau spin dan bohong kepada rakyat memang makanan dia.  Semasa program makan malam anjuran DAP dihadiri Tun Mahathir, dia berkata jika rakyat P.Pinang mahu LRT bagi mengatasi kesesakan lalulintas , mesti ditukar Perdana Menteri di PRU14.

2. Ini kerana PM semasa melakukan lawatan ke Balik Pulau  bahawa kerajaan Pusat tidak akan menyokong projek tambakan  laut kerajaan DAP yang mana pemaju berkenaan akan guna keuntungan itu membina LRT. Projek bernilai RM46 billion itu akan membina 3 pulau buatan di Pmtg Damar Laut dan akan mengorbankan mata pencarian bagi  1500 nelayan .

BALIK PULAU: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan Pusat tidak akan meluluskan projek tambak laut di selatan perairan Pulau Pinang, sekiranya ia didapati merugikan rakyat dan tidak mesra alam.
Perdana Menteri berkata, sebarang projek pembangunan mesti mempunyai tiga kriteria utama.
"Ia mesti tidak memberi impak dan kerugian besar kepada masyarakat setempat.
"Dalam hal ini, kira-kira 1,500 nelayan akan terjejas jika projek dijalankan. Ia umpama mencampak pasir dalam periuk nasi nelayan.
"Kriteria kedua, projek mesti bersifat mesra alam dan ketiga menjimatkan duit rakyat. Berdasarkan ketiga-ketiga kriteria itu, kita tidak akan sokong projek ini," 

3.  Tindakan Guan Eng menghasut rakyat negeri terutama kaum Cina untuk terus membenci BN menggunakan isu LRT jelas cukup memalukan . 

4. Adakah dia lupa bahawa di negeri pembangkang iaitu Selangor bukan sahaja ada sistem pengangkutan LRT malah MRT dibina hasil usaha PM ?
5. Seperti kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno PP Datuk Seri Zainal Abidin Osman , rakyat di negeri lebih memerlukan Pelan Pencegahan Banjir berbanding Pelan Induk Pengangkutan . Malah rakyat pun sudah muak dengan begitu kerap banjir di negeri ini dan lebih baik tukar terus Ketua Menteri dan kerajaan negeri !!

“Negeri Pulau Pinang memerlukan satu Pelan Induk Pencegahan Banjir lebih dari Pelan Induk Pengangkutan. Apa guna bina jaringan jalanraya dan kemudahan pengangkutan darat yang baik jika semua jalan dan kenderaan tenggelam dalam banjir bila hujan turun dengan lebat

default

SIAPA SAMPAH SEBENAR DALAM PPBM ??

on Sunday, September 24, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Gelaran Sampah oleh Mahathir  kepada sesiapa yang buat hal dan keluar parti dari  parti PPBM umpama habis madu sepah dibuang.

Dia pun semasa dalam UMNO dan melakukan sabotaj menjatukan Presiden parti hingga keluar parti adakah juga  sampah yang sama ??

Pendedahan oleh bekas pengasas PPBM jelas mengesahkan bahawa Mahathir kini bukan lagi negarawan yang disanjung ketika dulu demi meletakkan anak emasnya di tempat yang dulu pernah didudukinya .



MENCARI SAMPAH SEBENAR DALAM PPBM.

1. Ketika berceramah di Bukit Merah, Perak Tun Mahathir dengan sinis menyindir mereka yang meninggalkan PPBM sebagai 'sampah'. Mungkin di Malaysia hanya Tun Mahathir sahaja yang layak menggelar orang lain sampah kerana beliau beranggapan bahawa beliau adalah insan terpilih dan tidak pernah berbuat salah.

2. Sebaik berita itu tersebar di alam maya, saya telah dihubungi oleh beberapa pejuang dan pemimpin PPBM yang telah meninggalkan parti yang terkandas di stesen  yang salah itu. Sudah pasti mereka berasa terhina oleh kenyataan seorang yang dianggap negarawan itu.

3. Namun saya tidak terkejut dengan kenyataan itu kerana pasti ketika seseorang itu mencecah usia 92 tahun, kewarasan bukanlah menjadi teman 24 jam sehari.

4. Banyak kali saya mendapati bahawa Tun sudah mula lupa. Sebagai contohnya Tun mendapati sukar untuk menyebut nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan perlu dibantu oleh mereka di sekelilingnya.

5. Tun juga selalu lupa beberapa perkara penting yang dibincangkan mengenai parti. Kenyataan beliau sentiasa berubah dan ini amat menyusahkan. Tun juga kini amat mudah dipengaruhi.

6. Apa yang saya perhatikan ialah 'kekurangan' Tun ini sudahpun dihidu oleh beberapa pihak yang sudah sedia untuk menyambar peluang ketika Tun tidak lagi dapat membezakan antara kawan dan lawan.

7. Saya juga tidak pasti siapa atau apakah sebenarnya sampah di dalam PPBM itu sendiri.

8. Benarkah yang keluar itu sampah atau  yang tinggal itu sampah?

9. Atau adakah perjuangan itu adalah sampah sebenarnya. Mana tidaknya, perjuangan sebenar PPBM adalah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah mengikut perlembangaan dan ini banyak memecah belahkan bangsa.  Bukankah perjuangan PPBM mempunyai muslihat meletakkan seorang 'anak emas' yang tidak mempunyai kebolehan di 'takhta impian' ketika matahari semakin hampir melabuhkan tirainya?

10. Atau adakah 'anak emas' itu sampah sebenar PPBM? - hadiah daripada sang bapa yang menyedari bahawa anakanda tersayang tidak mempunyai kebolehan  walau dihujani wang ringgit yang melimpah ruah ketika sang bapa berada di 'singgahsana' untuk sekian lama. Ketika itu sang bapa sering mengatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana anaknya menjadi kaya raya. Namun sudah agak terlewat untuk bapanya bertanya dan mendapatkan jawapan kerana faktor usia dan kewarasan.

11. Atau adakah MPT PPBM itu sampah sebenarnya kerana mengizinkan diri mereka diperkudakan individu tertentu untuk mencapai nafsu mereka? Di mana perginya suara panglima-panglima PPBM yang sering memainkan lagu kononnya pemimpin UMNO dicucuk hidung? Mereka hanya berbangga dapat duduk semeja dengan bekas pemimpin-pemimpin negara yang kempunan dan tidak lebih daripada itu.

12. Atau adakah budak budak di keliling Presiden itu sampah sebenarnya kerana menjadi tukang atur dan tukang karut hingga menyebabkan parti ini condong menanti rebah untuk menghempap rumah rumah usang kampung Melayu? Sedang bangunan parti yang dulu dianggap musuh tegar kini semakin berdiri gah dan benderanya berkibar paling tinggi kerana permusuhan sesama bangsa yang tiada penghujungnya?

13. Atau adakah presiden itu sampah sebenarnya kerana memegang jawatan tetapi tidak punya kuasa kerana takut dinyahkan oleh pemimpin senja?

Ternyata bekas pemimpin Melayu mudah lupa.

Oleh
Cikgu Kamarulazman Habibur Rahman

- Mantan SUK PPBM

24 SEP 2017

default

KEJAYAAN PERTEMUAN NAJIB -TRUMP YANG CUBA DISEMBUNYIKAN PEMBANGKANG

on Saturday, September 23, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Semasa ucapan PM di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan , beliau ada menyebut tuduhan fitnah Rafizi menyatakan pertemuannya dengan Presiden Trump tidak membawa isu Rohingya .

Tetapi ia ternyata bohong dan isu Rohingya kini mendapat perhatian AS dan negara juga mengumumkan menghantar bantuan kemanusiaan dan sumbangan kepada pelarian Rohingya .

Sebenarnya ini adalah salah satu contoh sabotaj fitnah ekoran  perasaan dengki pembangkang terhadap kejayaan pertemuan Najib dengan Trump.

Di bawah ini adalah senarai kejayaan disebalik pertemuan Najib -Trump.



_Saksikan petikan video pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Hasil kejayaan pertemuan tersebut, Najib mengumumkan;_


✔Pemeteraian MoU antara _Malaysia Airlines_ dan _Boeing Aircraft Corporation_ bagi pembelian 8 pesawat Boeing 787-9 Dreamliners & 8 pesawat 737 MAX.

✔Malaysia dan AS mendesak Myanmar menghentikan segera keganasan terhadap etnik _Rohingya_ dan membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa.

✔Mengalu-alukan pembabitan sektor swasta Amerika Syarikat dalam pembangunan _Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura._

✔ Penambahan US$3-US$4 bilion pelaburan dana pencen pelaburan KWSP kini sudah melabur kira-kira US$7 bilion dolar.

✔Khazanah berpeluang melabur US$400 juta dolar, di dalam syarikat teknologi tinggi.

✔Malaysia komited memastikan keselamatan Amerika Syarikat sebagai langkah menjaga keamanan dunia dengan memerangi pengganas seperti Daesh, IS, Al-Qaeda, Abu Sayyaf dan pelbagai lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.